Trip ke Bandung dan Jakarta

Lubuk shopping, duit ngak cukup….haha

4.5.2023 tarikh trip saya. Kelantan – Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung.

Gambar dibawah Di Airport Pengkalan Chepa. Naik Air Asia je. Dari Kb ke Kl lebih kurang sejam.

Ni semasa Di Airport KLIA. Turun je jalan laju laju ke gate pelepasan. Alhamdulillah semua berjalan lancar, semakan Imigresen ok. KLIA sangat luas, jauh jauh lak tu. Nak singgah toilet pun pilih tempat yang tak ramai orang. Tak nak bazir masa menunggu.

Makanan atas kapal terbang, best juga. Korang boleh cuba nanti.

Selepas 2 jam atas flight, akhirnya sampai ke bumi Indonesia.


Saya terus dibawa oleh tour guide naik bus, kami singgah makan malam di Kedai Nasi Sunda. Lauk dia mewah. Rasa pun sedap.. saya suka.


Selesai makan terus ke Bandung. Jarak dia lebihkurang 2 jam juga. Kota Jakarta sangat sibuk, kami terperangkap Dalam traffic jem. Sampai di Bandung lebihkurang 10 lebih, Rumah Sulam dah tutup. Tapi yang bagusnya mereka masih menunggu kami.

Banyak juga saya beli,
Kain 2 Rm190*2
Beg 10*4






Penjual kaki lima dah seksiap menunggu kami di luar Rumah Sulam. Macam macam mereka jual, saya terbeli magnet dan beg duit syiling

Saya check di Zest Hotel Bandung..

Breakfast Di hotel


Hari 2
Kawah putih, perjalanan dari hotel ke Kawah Putih lebihkurang 37km je. Tapikan, ambil masa sejam 30minit. Saya tapik spring kat pilot, hebat dia.. dengan jalan kecil, kenderaan banyak, rilek je dia bawa.
Kat sini saya abis 200ribu, saya upah kameraman sana ambil gambar produk.


Kemudian kami singgah makan nasi liwet.

Perjalanan diteruskan lagi, untuk shopping di Pasar baru. Banyak juga saya habis kat sini, saya beli Beg galas 160k, Jam 235k, Baju 550k, Seluar dan Rokok 250k.


Lokasi seterusnya barangan kulit, Grutty
Saya ushar ushar je, budget tak banyak.




Ada request dari members nak beli barang Levi’s.

Last penutup hari ke2, kami dibawa makan di Parit 9. Menu seafood. Sedap, high rekemen.

Hari ketiga
Selepas Breakfast, kami check out.. Perjalanan diteruskan menuju ke The lodge Maribaya. Cantik pemandangan kat sini.


Makan Nasi Padang

Rumah Mode Bandung


* Xbeli apa-apa pun…

Lebih kurang 2 jam lebih, akhirnya kami sampai di Jakarta…. Singgah makan kedai ni… Ada satay, best

Hari ke 4
Lawatan ke tempat bersejarah, Minos. Ramai betul pengunjung.

Kemudian kami menuju ke Mall, Tamrin. Luas dan besar, sampaikan saya sendiri tergoda beli itu ini….

Next destinasi, Mangga 2.. saya tak follow, saya balik ke hotel.. ambil grab.

Malam terakhir makan di simpang tiga. Air avacado dia best… Teringin nak cuba lagi

Pagi sebelum check out, breakfast kat hotel dulu.

(Visited 80 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *